UNIVERSITI atau juga dikenali sebagai ‘puncak menara gading’ merupakan institusi yang dikaitkan dengan kecemerlangan dan perkembangan ilmu pengetahuan sejak berabad lamanya. Pendidikan secara formal ini diolah serta digarap pihak berwajib telah melahirkan ribuan graduan setiap tahun bagi memenuhi keperluan semasa negara dalam aspek pembangunan fizikal dan insani. Allah berfirman dalam Surah al Mujadalah, ayat 11 bermaksud: “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu…