KERAJAAN sentiasa prihatin terhadap rakyat yang ditimpa musibah dengan menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk bagi meringankan bebanan mereka yang terkesan. Namun, usaha murni ini dikhianati oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab, seperti didedahkan oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu, Hazrul Shazreen Abd. Yazid dalam kes penyelewengan bantuan kerajaan melibatkan Bantuan Wang Ihsan (BWI). Penyelewengan agihan BWI berlaku apabila individu yang tidak layak dan tidak terjejas dengan bencana turut…










