TIADA jalan singkat untuk mencapai kejayaan. Seseorang perlu berusaha dan berkorban kerana ia tidak datang bergolek. Pastinya kejayaan yang dicapai selepas pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, membuka lembaran baharu dalam kehidupan. Yang berjaya dan cemerlang sudah tentu gembira dan tersenyum manis, mungkin sambil berswafoto dengan plakad tertera 8A, 9A, 10A, 11A dan seumpamanya. Gelak tawa dan air mata kegembiraan mengiringi kejayaan cemerlang pelajar. Perasaan gembira ini tidak cukup…










