DALAM era ekonomi global yang sentiasa berubah, pengguna sering menghadapi cabaran kenaikan harga barang. Salah satu penyumbang utama kepada fenomena ini ialah perang dagang antara kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat (AS) dan China, terutamanya ketika era pentadbiran Presiden Donald Trump. Dalam usaha melindungi industri tempatan, Trump telah mengenakan tarif atau cukai import yang tinggi ke atas barangan dari China dan beberapa negara lain. Langkah ini mencetuskan tindak balas tarif…