RAMADAN adalah bulan penuh keberkatan dan kemuliaan, yang mana umat Islam berlumba- lumba memperbanyakkan ibadah, mendidik diri dengan kesederhanaan dan meningkatkan kepedulian sosial. Namun, satu ironi berulang saban tahun apabila sebahagian masyarakat Islam di Malaysia terbuai oleh hawa nafsu ketika membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan dan terlupa nilai kesederhanaan yang dianjurkan agama. Akhirnya, keterujaan memilih hidangan membawa kepada pembaziran. Pada tahun lalu sahaja, dianggarkan hampir 90,000 tan makanan…