DALAM Amanat Naib Canselor pada 30 Januari 2024, saya menyebut hasrat Universiti Utara Malaysia (UUM) menjadi Top Business School dengan sasaran yang ditetapkan menjadi nombor satu di Malaysia, Top 20 du Asia dan Top 200 di Quacquarelli Symonds (QS) World Master of Business Administration (MBA) Ranking. Sesungguhnya, penjenamaan UUM sebagai universiti perniagaan terbaik sangat berkaitan dengan niat negara menubuhkan universiti ini pada 16 Februari 1984. Sejak penubuhannya, pelbagai kejayaan telah…