MEREKA yang tidak disukai, walaupun dibenci habis-habisan oleh etnik Cina tidak sesekali perlu merenungi sebabnya, seperti yang disarankan pemimpin Cina tertentu.
Ini kerana mereka sebenarnya melakukan perkara betul, malah amat betul untuk menegur sikap etnik Cina yang rata-ratanya sepertinya itu.
Sebetulnya etnik Cina patut menyedari bahawa mereka banyak sekali menimbulkan kontroversi melalui pelbagai tindakan biadap mereka. Ia tidak lain tidak bukan adalah perbuatan mereka yang langsung tidak peka kepada sensitiviti etnik Melayu-Islam.
Antaranya adalah tentang Islam, walaupun yang di luar Malaysia, apatah lagi yang di dalam negara.
Etnik Cina sewajarnya harus berani mempertahan sebarang kenyataan mereka yang sudah tentu dilakukan dengan sedar. Sehubungan ini, mereka tidak boleh sesekali menyalahkan pihak lain, apabila wujud tindak balas daripada pihak yang dinyatakan itu, apatah lagi yang keras sifatnya.
Sehubungan ini, sering kali wartawan dipersalah kerana kononnya tidak melaporkan perkara tepat. Juga salah penterjemahan oleh mesin dan niat jahat kalau dilakukan secara manual. Berbagai-bagai lagilah alasannya dikemukakan yang kesemuanya adalah helah belaka.
Sehubungan ini, etnik Cina tidak boleh lagi terus-terusan lempar batu sembunyi tangan, iaitu melakukan perkara jahat dan tidak mahu mengakuinya. Selain ini, etnik Cina juga tidak boleh terus bersikap siapa mahu mengaku berak di tengah jalan, yakni tidak mahu mengaku perkara terkutuk yang dilakukan mereka secara sulit.
Ini kerana bukan sahaja buktinya ternyata sekali walaupun mahu berselindung di sebalik kedua-dua takwil peribahasa Melayu itu.
Juga ia menyangkut integriti etnik Cina itu sendiri, khususnya kejujuran mereka dalam mengakui bahawa mereka telah melakukan sesuatu yang sewajarnya tidak boleh sesekali dilakukan. Ini kerana ia sangat amat salah.
Antaranya mempertikai peruntukan untuk memajukan Islam di bumi Melayu-Islam ini apabila tidak berpuas hati tentang sesuatu perkara itu.
Sudah tentu setelah melakukannya, mereka amat takut kepada kesan daripada perkara biadap lagi salah itu dengan adanya tindak balas kuat.
Dalam hal ini, mereka sebenarnya terlalu bebal untuk pertama-tamanya berfikir tentang kesannya itu untuk tidak sesekali melakukannya.
Hal ini antaranya dapat dilihat pada kejadian apabila etnik Cina menerusi pemimpin bebal mereka menggelarkan seorang pemimpin Melayu sebagai gila. Apabila terdapat tindak balas kuat lagi agresif daripada etnik Melayu, mereka cuba memperbaiki keadaan dengan mengemukakan pelbagai helah.
Ia dilakukan bukan sahaja dengan cara yang memang menunjukkan kebebalan mereka sendiri. Julukan gila yang diberikan itu dihujahkan sebagai tidak semestinya merujuk kepada nama orang tertentu yang menjadi sasaran itu.
Ini kerana ia juga boleh merujuk kepada sebilangan perkara lain. Dalam hal ini, dihelahkan bahawa sebutannya boleh ikut merujuk kepada suku kata pertama bagi nama untuk negara Malaysia, panggilan bagi nama Mahathir dan gelaran kepada etnik Melayu.
Juga kebebalan itu sebenarnya ikut mencela diri mereka sendiri. Sehubungan ini, menjadi rahsia terbuka dalam etnik Cina bahawa body shaming adalah sebahagian daripada budaya mereka.
Dengan ini, etnik Cina didapati dengan mudah lagi cepat mempersenda untuk memalukan sesiapa sahaja, termasuk ahli mereka sendiri, dengan mengenakan kritikan negatif.
Ia mengenai saiz badan dan bentuknya, rupa paras serta lain-lain mengenai anggota badan seseorang itu. Sering kali ia ikut melibatkan perwatakan seseorang yang dikritik itu. Dalam kejadian tertentu itu, ia berupa kritikan ‘kuda gila’.
Ia sememang perkara biasa dalam budaya Cina, seperti yang dipertahan etnik Cina, untuk bukan sahaja merujuk kepada seseorang itu dengan gelaran sebegini. Dalam hal ini, memanggilnya sedemikian semasa tidak bersamanya, yakni di belakangnya.
Juga ia selalu digunakan untuk memanggil orang tersebut itu di hadapannya, iaitu menyapanya dengan gelaran negatif apabila bersemuka dengannya. Natijahnya di sini ialah sistem kesopanan adalah tidak sama antara budaya.
Untuk etnik Cina, ia amalan yang bukan sahaja sangat normal, juga diterima sebagai tidak pun biadap. Ini kerana etnik Cina sudah menerimanya sebagai kebiasaan dalam kehidupan mereka.
Tetapi ia berlainan sekali dalam budaya Melayu yang menganggapnya sebagai sangat biadap untuk mengenakan gelaran gila kepada seseorang itu, waima dalam keadaan yang sebenarnya.
Justeru ia sangat tidak boleh diterima walaupun dalam keadaan biasa, yakni tidak adanya konflik. Apatah lagi dalam waktu konflik apabila ia dilemparkan kepada pihak yang melakukan perkara sangat betul untuk etnik Melayu-Islam.
Dalam hal ini, pihak itu mempertahan maruah etnik Melayu dan kesucian agama Islam yang dicabar oleh pihak yang mengenakan gelaran gila itu kepadanya. Inilah sebenarnya gejala daripada manifestasi tiadanya unsur faham-memahami cara hidup kaum lain yang pernah dititahkan oleh Ketua Negara sekarang.
Sesungguhnya gejala ini hendaklah ditangani segera. Ia tidak boleh lagi dibiarkan berterusan tanpa adanya usaha bersungguh-sungguh untuk mengatasinya. Ini kerana kosnya adalah tinggi sekali untuk perpaduan negara, yakni hubungan etnik yang baik.
Berbalik kepada persoalannya, iaitu mengeluarkan kenyataan yang kemudiannya mahu diputar belit setelah adanya tindakan balas kuat lagi agresif daripada etnik Melayu. Dalam hal ini, etnik Cina hendaklah menjadi anak jantan, iaitu berani menghadapi akibat daripada perbuatan sendiri, meskipun yang amat bebal sekali sifatnya.
Antaranya dengan mengakui sahaja kesalahannya dan berjanji tidak akan melakukan perkara sebebal itu lagi. Bukannya bacul seperti yang berlaku dalam kes ini dan juga lain-lain sebelum ini.
Sebenarnya penafian yang dilakukan etnik Cina itu adalah bukan sahaja laksana membuka pekung di dada, iaitu memperlihat keburukan sendiri yang akhirnya mendapat malu pada diri sendiri. Ia juga adalah bagaikan meraih pekung di dada, yakni perbuatan yang hanya sengaja memalukan diri sendiri sahaja.
Ini kerana selama sekian lama hidup di bumi Melayu-Islam, etnik Cina masih langsung tiada apa-apa kecerdasan naluri untuk memahami keadaan di sekeliling mereka, bagi bertindak secara tidak bebal.
Dalam hal ini, kelihatan seperti mereka tidak ada sekelumit pun kepintaran paling asas apabila mahu mempertikai apa-apa jua dasar Islam untuk umat Islam di bumi Melayu-Islam. – UTUSAN
PROFESOR Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong ialah Felo Majlis Profesor Negara (MPN) dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA).










