CADANGAN penghapusan subsidi petrol RON95 baru-baru ini di Malaysia telah menimbulkan kegusaran umum yang meluas. Ramai rakyat Malaysia sedang bergelut menghadapi peningkatan kos sara hidup beranggapan penghapusan subsidi ini hanya menambah kerumitan masalah kewangan mereka. Namun kerajaan telah menjamin subsidi akan dikekalkan untuk 85 peratus rakyat Malaysia. Hanya golongan T15 akan terkesan dengan penarikan subsidi ini. Ini bermakna kerajaan masih menanggung subsidi beranggaran RM12 bilion untuk keperluan 85 peratus rakyat.…










