BELANJAWAN 2025 telah menggariskan beberapa inisiatif dan pendekatan responsif dalam menangani isu dan cabaran yang dihadapi warga emas di Malaysia. Ini termasuklah peningkatan peruntukan khusus untuk bantuan tunai, pemindahan simpanan antara generasi serta agenda perlindungan sosial yang lain. Namun begitu, pelan jangka panjang yang lebih strategik perlu dibangunkan segera supaya Malaysia tidak terlambat untuk mendepani fenomena masyarakat menua yang dijangka memberi impak besar terhadap ekonomi, sistem penjagaan kesihatan, dan struktur…