PADA 17 Oktober yang lalu, setelah 70 orang Ahli Dewan mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 berhubung dengan Kewarganegaraan (RUU Kewarganegaraan), satu sejarah telah tercipta buat negara apabila ia diluluskan dengan 206 undi menyokong berbanding 1 undi membangkang. Sukacita dimaklumkan bahawa pindaan yang dibentangkan adalah bertujuan untuk memperkukuh hak rakyat serta memastikan ketelusan dalam proses pemberian kewarganegaraan, selain memelihara kedaulatan negara serta menegakkan prinsip keadilan dan…










