PEJUANG kawalan tembakau negara amat bersyukur apabila Akta Kawalan Produk Merokok Demi kesihatan Awam atau Akta 852 akhirnya dikuatkuasakan mulai 1 Oktober 2024. Walaupun diakui sendiri Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni wujudnya pengaruh industri tembakau sehingga gugurnya Generasi Penamat daripada akta tersebut sebelum ini, sekurang-kurangnya kelompangan kawalan produk rokok elektronik atau vape kini dapat ditangani secara lebih komprehensif. 1 April 2023 terpahat dalam lipatan sejarah kawalan tembakau negara…