PADA 11 September lalu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024: Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. Pekeliling ini menawarkan Opsyen SSPA kepada pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat pada 1 Disember untuk membuat pilihan sama ada bersetuju atau tidak bersetuju dengannya dalam tempoh 40 hari mulai 21 Oktober hingga 30 November.…