Menu kayangan restoran PRK

Menu kayangan restoran PRK

KEMPEN PILIHAN RAYA memerlukan calon berjanji sesuatu untuk menyelesaikan masalah rakyat dan berdepan risiko sekiranya gagal. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Setuju atau tidak janji manis berkempen adalah topik utama dalam pilihan raya termasuklah pilihan raya kecil (PRK)

Bagai sebuah restoran, yang menyediakan pelbagai menu masakan menarik pelanggan, demikian juga pilihan raya yang menawarkan janji manis yang ditabur, sebagai menu berkempen.

Bezanya menu restoran, boleh diperoleh dengan masakan panas sementara janji pilihan raya kadangkala dikitar semula.

Dalam keadaan tertentu , janji-janji ini didokumenkan dalam bentuk rasmi dan banyak program besar di dalamnya dipanggil manifesto.

Manifesto adalah pernyataan terbuka tentang tujuan, keyakinan, atau niat seseorang atau kelompok, seperti parti politik, organisasi, atau individu.

Manifesto biasanya berisi visi, prinsip, atau rencana tindakan yang bertujuan menginspirasi, mempengaruhi, atau mendapatkan dukungan daripada orang lain. Ini sering digunakan untuk menyampaikan pandangan atau arah kebijakan, baik dalam bidang politik, seni, budaya, atau perubahan sosial.

Ada beberapa manifesto penting yang kita ketahui antaranya termasuklah Manifesto Komunis yang ditulis oleh Karl Marx dan Friedrich Engels, yang menyajikan prinsip-prinsip dasar komunisme selain manifesto Parti Buruh di United Kingdom (1945) yang menghuraikan rancangan untuk mendirikan negara kesejahteraan (welfare state) setelah Perang Dunia II. Janji dalam manifesto ini tentulah besar maksud dan peracangannya kerana melibatkan hasrat kerajaan memajukan sesebuah negara.

Namun saya ingin menarik perhatian mengenai isu-isu di peringkat mikro iaitu masalah setempat yang dijanjikan calon parti semasa berkempen.

Sebelum ini, apabila diadakan pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri di Gua Musang, Kelantan lebih 30,000 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri melahirkan rasa lega dan gembira apabila mereka kini tidak perlu meredah perjalanan sejauh 50 kilometer (km) untuk mengeluarkan wang berikutan kawasan itu sudah dilengkapi kemudahan mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Baharulah kita tahu apabila penduduk bersuara menyatakan keinginan mereka, kemudahan yang mereka mahukan hanyalah mesin ATM yang berlambak lambak diwujudkan di kawasan bandar.

Apakah akan jadi sekiranya PRK Nenggiri tidak diadakan? Tidak adalah mesin ATM di situ agaknya?

Kasihan penduduk di situ sebab mereka bukan minta duit pun, sebaliknya hanyalah mesin mengeluarkan duit.

Duit mereka ada, tapi mesinnya tidak ada. Akhirnya kerajaan menunaikan permintaan tersebut. Unik juga isu ini. Kenapa saya berkata begitu? Mereka telah menikmati menu yang mereka tempah di restoran PRK meski pun belum membayarnya.

Di PRK Pelangai, Pahang satu menu yang dimahukan penduduk adalah kemudahan bulatan atau roundabout.

Bunyinya agak kelakar, sudah 67 tahun merdeka, kerajaan masih belum mampu, menyediakan malah satu kemudahan bulatan jalan raya.

Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, ada pro dan kontra berhubung isu kempen semasa pilihan raya.

Apakah isu yang dibangkitkan. Adakah ia akan menyentuh isu kelemahan pihak tertentu. Sebagai contoh sudah lama isu ketiadaan kemudahan mesin ATM oleh penduduk di DUN Nenggiri.

Justeru kita hendak pertikaikan apa yang dilakukan wakil rakyat terdahulu sehingga kemudahan asas seumpama itu tidak diperjuangkan. Kerajaan Pusat pula hanya mendiamkan diri atau isu itu tidak bangkitkan oleh rakyat. Kata beliau siapakah yang harus dipersalahkan. Luahan rakyat seperti itu secara logik akal perlu dipertanggungjawabkan kepada kerajaan negeri tetapi boleh ke kerajaan Pusat cuci tangan kerana tidak mungkin kerajaan negeri mampu menyediakan mesin tersebut yang memerlukan kos tertentu dan peraturan yang diguna pakai.

Bolehkah kita menyalahkan kerajaan negeri atau manifesto kerajaan Pusat, seolah-olah ada yang tidak kena dalam menyantuni kemudahan rakyat?

Abdul Aziz berpendapat isu tersebut adalah tanggungjawab kerajaan negeri.

Apakah sebenarnya janji pilihan raya? Janji pilihan raya adalah komitmen atau tawaran yang diberikan oleh calon atau parti politik semasa kempen pilihan raya untuk menarik sokongan pengundi.

Janji-janji ini biasanya berkaitan isu-isu ekonomi, sosial, dan kebijaksanaan pemerintah yang bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Setelah dipilih, para calon diharapkan menepati janji-janji ini sebagai sebahagian tanggung jawab mereka. Ada banyak lapangan yang boleh disentuh dalam menyatakan janji semasa berkempen melibatkan ekonomi, pendidikan, kesihatan pembangunan infrastruktur dan pendidikan alam sekitar dan kepenggunaan.

Tarikan kempen bukan sekadar janji tersebut tetapi sejauh mana ia mengubah nasib rakyat di satu-satu kawasan jika ditunaikan. Pengundi sering kali menggunakan janji-janji tersebut sebagai dasar untuk memilih calon atau parti yang mereka percaya akan memperjuangkan kepentingan mereka. Namun, janji-janji ini biasanya tidak selalu direalisasikan setelah calon tersebut terpilih.

Strategi berkempen yang menjanjikan kayangan semacam ini memang mengundang gelak ketawa, akan viral dan memberi impak kepada calon. Namun berbeza dengan ADUN Semenyih Nushi Mahfodz apabila berkongsi pendekatannya kepada saya dalam menyantuni rakyat .

Beliau berkongsi kepada saya, bahawa orang atau calon terdahulu sudah berpesan kepadanya supaya jangan menabur janji semasa berkempen kerana faktor kekalahan mereka sebelum ini disebabkan gagal menunaikan janji. Yang ini pun satu hal, bagaimana menjadi wakil rakyat jika tidak menyelesaikan masalah rakyat.

Ketika kempen pilihan raya DUN Pelangai di Pahang sebelum ini, bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) PRK Datuk Amizar Abu Adam berpesan supaya beliau tidak berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi.

Bapa beliau berpesan supaya jika berjanji sentiasa ingat untuk tunaikan, jika tidak mampu tunaikan terus, usahakan juga untuk tunai sedikit demi sedikit, kena ingat bila sudah berjanji kena pegang pada janji. Kuasa undi memang kuat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Razlan Muhammad Rafii secara tegas berpendapat, manifesto adalah janji pilihan yang kebiasaannya disebut untuk memberi rakyat satu perjanjian yang akan laksanakn sekiranya parti menang.

“ (BN) Barisan Nasional pernah menunaikan 98 peratus janji yang disebut dalam kempen,” ujarnya

Namun yang demikian ada pertikaian apabila ada parti yang bertanding tetapi gagal menunaikan janji berkenaan.

Ini disebabkan janji yang tidak ditunaikan boleh menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap politik akan terhakis. Apa pun kata beliau, janji perlu sebagai perancangan pembangunan di satu satu kawasan, tetapi rakyat perlu bertanggungjawab supaya menyelidik sama ada janji tersebut relevan atau sebaliknya, sebelum memberi sokongan.

Tawaran janji tersebut mungkin satu lagi menu kayangan dalam restoran PRK. Rakyat yang sanggup membayarnya, silakan atau sekadar menu di papan dalam restoran tetapi tidak ada yang sanggup order.

ADUN Lembah Jaya, Syed Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau nama yang lebih dikenali sebagai Altimet berpendapat,intipati atau janji kempen dalam pilihan raya terpulang kepada calon berkenaan.

Altimet berkata, wakil rakyat tidak boleh menjanjikan untuk merealisasikan, tetapi akan tetapi berusaha untuk selesaikannya. Malah, katanya sebagai calon, beliau tidak boleh menjanjikan akan menang, apatah lagi berjanji untuk menunaikan janji dalam kempen.

“Saya pun tidak tahu akan menang dalam pilihan raya, (maka) saya tidak menjanjikan keputusan, sebaliknya usaha“ ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN