Memulihkan kehormatan politik di era Prabowo, Anwar

Memulihkan kehormatan politik di era Prabowo, Anwar

KEHADIRAN Prabowo Subianto dan Anwar Ibrahim, diharapkan akan wujud era baharu dalam politik yang lebih bermaruah dan berteraskan prinsip-prinsip kejujuran serta keadilan.-FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEHORMATAN dalam politik Indonesia dan Malaysia kembali mendapat sorotan umum. Sebuah akhbar tempatan, pernah menerbitkan artikel berjudul Is There (Still) Honor in Politics? pada 28 Julai lalu menerusi penulisan Tokoh Wartawan Malaysia, Tan Sri Johan Jaaffar yang membahas mengenai perhubungan politik dan kehormatan.

Melalui artikel itu menanyakan, apakah moral, etika dan integriti masih ‘hadir’ dalam kehidupan politik? Pertanyaan itu merujuk pada cerita politik Indonesia dan Malaysia yang terkini.  

Untuk konteks Malaysia menggambarkan kehidupan politik, terutama pasca Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, yang  mengalami krisis legitimasi pemerintah dan ketidakpastian politik.

Pakatan Harapan (PH)  mampu mengalahkan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan UMNO yang berkuasa hampir lebih daripada 60 tahun.  

Tindakan pembelotan dianggap wajar oleh politik Malaysia kerana tindakan tersebut dibiarkan meskipun sebenarnya mendapat protes dari kelompok-kelompok masyarakat awam.

Sementara itu, kehidupan politik Indonesia digambarkan dengan memotret hiruk-pikuk Pemilihan Pemilu (Pemilu) 2024. Di mana moraliti dan etika menjadi isu politik yang paling diperbincangkan di publik Indonesia, baik di dunia virtual mahupun sebenar.

Di antara peristiwa politik yang menjadi rujukkannya adalah isyarat adanya gerakan tiga tempoh bagi presiden. Kemudian, pemberhentian Ketua Komisi Pemilihan Umum (KPU), Hasim Ashari, oleh Dewan Kehormatan Penyelenggara Pemilu (DKPP), kerana terbukti adanya pelanggaran etika. Dan terakhir, pemecatan Ketua Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK), Firli Bahuri, ekoran melanggar etika.

 

PARADIGMA POLITIK SERUMPUN

Lantas, muncul pertanyaan dalam benak fikiran orang awam, apakah peristiwa-peristiwa politik di atas menjadi bahagian daripada cerita kehidupan politik Indonesia dan Malaysia?

Pertanyaan ini wajar muncul kerana orang awam semakin mudah menyaksikan realiti adegan-adegan ‘ganjil’ dalam panggung politik akhir-akhir ini. Ia tidak hanya mengherankan tetapi juga khuatir.

Pertanyaan ini dapat segera kita jawab dengan mengikut paradigma politik yang ‘dianut’ oleh negara masing-masing.

Paradigma itu sendiri, istilah yang pertama kali dikenalkan oleh Thomas Kuhn, adalah sekumpulan tata nilai yang membentuk pola pemikiran seseorang sebagai titik tolak pandangannya dan membentuk citra subjektif seseorang terhadap realiti (Robert Friedrich, 1970).

Paradigma juga banyak didefinisikan sebagai landasan berfikir, konsep dasar dalam meraih pengetahuan tentang dunia dan fenomena yang terjadi. Dalam paradigma, selain terdapat landasan berfikir, juga terkandung tujuan dalam berfikir dan bertindak.  

Berdasarkan itu, paradigma politik Indonesia dan Malaysia sama-sama dapat dimaknai sebagai kumpulan tata nilai yang menjadi landasan berfikir, sikap dan bertindak tentang dunia politik.

Bezanya, tata nilai Indonesia tertumpu pada Pancasila sebagai dasar negara. Suatu tata nilai bernegara yang mengagungkan prinsip-prinsip kemanusiaan (kehormatan manusia) dengan dasar ketuhanan melalui kesatuan dan kerakyatan bagi mewujudkan keadilan.

Sementara tata nilai Malaysia pula adalah Rukun Negara sebagai ideologi negara. Tata nilai bernegara yang menyatupadukan rakyat berdasarkan Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada raja dan negara, Keluhuran perlembagaan, Kedaulatan undang-undang serta Kesopanan dan kesusilaan. 

 

DARI KEINGINAN KE REALITI  

Sampai titik ini sudah dapat terjawab bahawa cerita dan peristiwa politik di atas bukanlah bahagian dari keinginan politik Indonesia dan Malaysia kerana  paradigma politik kedua negara, bila merujuk pada uraian sebelumnya, sangat mengagungkan kehormatan (etika, moral, dan integriti) dalam kehidupan politik. Yang mana Pancasila dan Rukun Negara sama-sama tidak mengenal tindakan pembelotan atau pengkhianatan, kecurangan dan penghalalan segala cara.

Khusus untuk konteks Indonesia, bahawa di atas kertas sesungguhnya telah memiliki keinginan yang masih kuat tentang pentingnya kehormatan dalam politik.

Hal itu misalnya ditunjukkan dengan kehadiran lembaga kehormatan di hampir semua cabang kekuasaan. Di Mahkamah Konstitusi terdapat Majelis Kehormatan Mahkamah Konstitusi (MKMK). Di legislatif terdapat Mahkamah Kehormatan Dewan (MKD) dan di penyelenggara Pemilu ada Dewan Kehormatan Penyelenggara Pemilu (DKPP).

Namun demikian, dalam realitinya, sebagaimana tergambar pada cerita di atas dan juga cerita peristiwa-peristiwa politik lainnya, termasuk hiruk-pikuk cerita menjelang  pemilihan kepala daerah (Pilkada)  2024, masih harus diakui ia ibarat jauh panggang dari api. Terdapat jurang antara keinginan bernegara dengan realiti berkuasa serta berwarga.  

Oleh kerana itu, mesti diingat kembali bahawa kehormatan dalam dunia kehidupan politik akan benar-benar terawat serta tegak lurus manakala paradigma politik bernegara dijelmakan secara konsisten dan konsekuen.  Realitinya wujud penyelenggaraan demokrasi dan dalam setiap proses pengambilan dasar awam.

Perlu diingat juga, politik itu sendiri hadir di muka bumi sesunguhnya adalah untuk memastikan kehormatan manusia (kemanusiaan) terjaga saat harus saling berebut dalam memenuhi keperluan dan kepentingannya.

Umum tentu masih menyimpan harapan besar pada pemerintahan baharu Indonesia yang akan dipimpin oleh Presiden,  terpilih Prabowo Subianto, sementara pentadbiran Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri,  Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahwa kehormatan akan hadir kembali dalam kehidupan politik,

Sehingga, dengan hadirnya kehormatan pada kedua negara serumpun sejatinya tidak hanya mampu menghayati dan mengamalkannya sendiri, namun secara bersamaan dapat mentransformasikannya menjadi kiblat kehormatan politik serantau  dan antarabangsa. 

Kedua-dua pemimpin ini dilihat sebagai tokoh yang dapat membawa perubahan positif dengan memperkenalkan amalan politik yang lebih beretika dan berintegriti. Malah mereka juga mengutamakan kepentingan rakyat, mengekalkan nilai-nilai moral dan memperbaiki imej politik yang tercemar akibat skandal dan rasuah. 

Dengan kehadiran Prabowo dan Anwar, diharapkan akan wujud era baharu dalam politik yang lebih bermaruah dan berteraskan prinsip-prinsip kejujuran dan keadilan.-UTUSAN

 

PENULIS ialah Pensyarah  Ilmu Politik Fakulti Ilmu Sosial dan Ilmu Politik (FISIP) Universitas Islam Negeri (UIN) Bandung; wakil Ketua Umum Asosiasi Program Studi Ilmu Politik (Apsipol) Indonesia dan Lembaga Pengasas Pusat Jaringan Analisis Politik Malaysia-Indonesia (CPAMIN).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN