PILIHAN Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap pada Sabtu, 6 Julai telah berlalu dengan keputusan yang membawa kemenangan kepada calon Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti yang lebih besar daripada pilihan raya umum sebelumnya. Calon PN, Abidin Ismail mendapat 14,489 undi, manakala calon Pakatan Harapan (PH) hanya mendapat sebanyak 10,222 undi. Undi majoriti yang diperolehi oleh calon PN adalah sebanyak 4,267 undi. Undi majoriti ini adalah lebih besar daripada yang diperoleh…










