MALAYSIA kini berhadapan dengan lanskap ekonomi yang semakin mencabar dipengaruhi oleh faktor dalaman mahupun luaran. Senario defisit fiskal, peningkatan pergantungan kepada hutang negara dan potensi hasil negara semakin terhad merupakan antara faktor dalaman yang telah bermula semenjak 20 tahun lalu tetapi masih belum berkesudahan. Pandemik Covid-19, persaingan sengit ekonomi serta peperangan antara beberapa negara berkuasa besar telah memaksa Malaysia berhadapan dengan cabaran berganda. Justeru, antara tunjang utama kepada inisiatif yang…










