Kena ada ‘doktor pokok’ – Lee Chean Chung

Kena ada ‘doktor pokok’ – Chean Chung

LEE Chean Chung (kanan) bersama pihak pentadbir sekolah menunjukkan struktur bumbung salah satu bangunan SK Petaling yang rosak teruk akibat ribut pada Sabtu minggu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRIHATIN, memahami dan pantas bertindak. Itu sikap yang dimiliki Ahli Parlimen Petaling Jaya dari PKR, Lee Chean Chung dalam usahanya membantu komuniti yang berdepan musibah atau masalah.

Apa sahaja dugaan menimpa penduduk setempat dalam kawasannya, beliau pasti menjadi saluran utama mendengar dan menyelesaikannya tidak terkecuali dalam tragedi ribut yang menjejaskan 15 sekolah di ibu negara, baru-baru ini.

Dalam kejadian pada 19 Mei lalu, kira-kira 15,000 murid dan lebih 1,000 guru pentadbir sekolah terkesan selepas 15 sekolah mengalami kerosakan teruk menyaksikan beberapa pokok di kawasan sekolah tumbang, malah bumbung sekolah tercabut dan ‘diterbangkan’ pada jarak yang jauh dari kedudukan asal.

Maka, sudah tentulah kos membaik pulih memakan perbelanjaan amat besar selain masa yang diambil juga terlalu panjang dalam keadaan murid bakal memulakan sesi persekolahan minggu hadapan.

Saya sempat meluangkan masa bersama Chean Chung juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu meninjau keadaan di Sekolah Kebangsaan (SK) Petaling Jaya, di sini, pada Isnin lalu, yang turut terjejas akibat bencana itu.

BIODATA
Nama: Lee Chean Chung
Umur: 43 tahun
Pendidikan:
 Dong Fang Scholar, Peking University, China
 Sarjana Pentadbiran Awam, LKY School of Public Policy, National University of Singapore
 Sarjana (Sains) Pengangkutan & Logistik, Malaysia University of Science and Technology
 Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Elektronik (Major Komputer), Multimedia University

Penggal Parlimen: 1
Jawatan pernah/sedang disandang:
 Pengarah Komunikasi PKR
 Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Pahang (2013-2022)
 Bendahari Agung PKR (2018-2022)
 Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) (2014-2018)

Boleh dikatakan, hampir keseluruhan atap dan bumbung di salah satu bangunan menempatkan beberapa bilik darjah rosak teruk. Paku, atap zink dan jubin bumbung berada di merata-rata tempat. Kalau tersilap pijak, sudah tentu ada yang cedera malah nyawa melayang. Mujurlah tidak berlaku.

Nasib baik waktu itu cuti pertengahan penggal satu sejak 25 Mei lalu, maka, tiada murid, guru atau pentadbir sekolah yang keselamatan mereka terancam susulan kejadian tersebut.
Hasil perbincangan bersama pentadbir sekolah, Chean Chung yang juga Pengarah Komunikasi PKR menyalurkan bantuan sebanyak RM5,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah bagi meringankan kos baik pulih untuk sementara waktu.

Pihak sekolah pula sedang menjalankan proses kira-kira untuk kos keseluruhan pembaikan. Jadi, mudahlah sikit kerja-kerja pembersihan dan baik sebelum sesi persekolahan bermula.

Tetapi, takkanlah Chean Chung sahaja yang buat kerja-kerja bantuan? Pihak sekolah pun mengadu kepada Yang Berhormat (YB) supaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menubuhkan pasukan petugas khas untuk mempercepat proses pembersihan, baik pulih dan kerja-kerja yang berkaitan.

Disebabkan salah satu bangunan rosak teruk, maka, puluhan murid bakal ditempatkan di bangunan yang satu lagi selama tempoh yang tidak pasti. Bergantung kepada proses cepat atau lambatnya kerja-kerja baik pulih pada struktur kawasan yang terjejas.

Apa isunya? Tentulah berlaku kesesakan di dalam bilik darjah dengan fasiliti yang terhad seperti meja, kerusi, papan tulis dan banyak lain. -UTUSAN

Jika pihak sekolah memilih melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), rasanya itu bukan kaedah yang baik untuk murid sekolah rendah dengan kekangan peranti dan rangkaian internet.
“Saya berharap dengan bantuan sementara waktu ini, dapat memudahkan urusan pihak sekolah dan meringankan kos pembaikan untuk sementara waktu. Semoga selepas tamat cuti sekolah, murid dapat menjalankan sesi pembelajaran mereka dengan selesa.

“Walau apa pun, keselamatan dan kebajikan murid sekolah adalah aspek yang mesti diutamakan. Bantuan ini tidak terhad kepada satu sekolah sahaja, saya akan cuba membantu semampu mungkin untuk sekolah-sekolah yang lain juga,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Naib Presiden PIBG SK Petaling Jaya, Wan Nor Faziha Wan Harun turut menzahirkan penghargaan kepada Chean Chung atas bantuan yang disalurkan dalam masa yang cepat.

Katanya, dana tersebut akan digunakan untuk aktiviti gotong-rotong bersama pihak sekolah dalam masa terdekat untuk membersihkan kawasan sekolah, mengalihkan meja dan kerusi yang terjejas teruk dan lain lain-lain.

“Alhamdulillah, setakat ini kerja-kerja yang sukar sudah selesai. Hanya tinggal sedikit sahaja lagi untuk pembersihan. Terima kasih kepada YB Chean Chung atas keprihatinan beliau dalam menangani isu ini,” katanya.

DOKTOR POKOK

Sebelum ini, Chean Chung mencadang kepada MBPJ supaya mengadakan ‘doktor pokok’ atau aborist bertauliah untuk memeriksa kesemua pokok tua dan berisiko tinggi tumbang di Petaling Jaya, supaya tidak berlaku kejadian sama sehingga merosakkan infrastruktur dan mencederakan orang awam.

 

aya dimaklumkan yang ahli Majlis sedang menjalankan penilaian pokok berisiko di sepanjang jalan protokol di dalam Pusat Bandar 52 dan Jalan Selangor, justeru, pemeriksaan awal kritikal supaya nyawa dan harta rakyat terjaga,” katanya.

Chean Chung memang rajin turun padang. Boleh dikatakan beliau sudah menyantuni rakyat di banyak kawasan Parlimennya. Beliau memang faham selok-belok isu dan cabaran dihadapi masyarakat Petaling Jaya.

Saya percaya, aspirasinya untuk melestarikan Petaling Jaya seperti pengangkutan dan kemudahan lestari, memartabat anak muda melalui PJ Up! dan keharmonian dalam kalangan komuniti, bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi. Teruskan berkhidmat YB! -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN