Apabila pemilik Restoran Anak Baba di Brickfields, Victor Low menghadiahkan, A Classic Jawi-Malay-English Dictionary (1985) pada 5 Mei lalu, saya menyangka ia sebuah kamus biasa. Selepas membawanya pulang dan mula membaca, barulah saya sedar naskhah tulisan Richard James Wilkinson yang mula-mula terbit pada 1903 sebenarnya memuatkan pelbagai maklumat yang mengujakan. Buku setebal hampir 800 halaman ini diterbitkan semula pada 1985 oleh Penerbit Baharudinjoha dengan mengekalkan reka letak asal. Maka, pembaca…










