DALAM Perutusan Negara malam kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan mengenai komitmen kerajaan untuk menyelesaikan tiga masalah fiskal utama negara sekali gus menambah baik pengurusan wang awam bagi membolehkan kerajaan berbelanja untuk kebajikan rakyat dan meningkatkan mutu perkhidmatan awam. Satu daripadanya ialah perbelanjaan yang tidak berhemat melalui pemberian subsidi pukal hingga menjadikan subsidi Malaysia antara tertinggi di dunia yang menguntungkan golongan kaya kerana penggunaan atau perbelanjaan mereka bagi…