Tempoh percubaan parkir MBKT sehingga 15 Oktober

Tempoh percubaan parkir MBKT sehingga 15 Oktober

MAJLIS Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) melaksanakan pembayaran parkir menggunakan aplikasi Setel bermula 1 Oktober lalu dan sedang melalui fasa percubaan sehingga 15 Oktober ini. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Walaupun Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) melaksanakan pembayaran parkir menggunakan aplikasi Setel sebagai kaedah utama bermula 1 Oktober lalu, tempoh percubaan adalah sehingga 15 Oktober ini.

Pelaksanaan tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada pengguna selain membiasakan mereka dengan kaedah pembayaran parkir secara digital sebelum sistem berkenaan dilaksanakan sepenuhnya.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Lizan Che Mat berkata, pada peringkat awal, pihaknya memberi tumpuan kepada usaha mendidik pengguna supaya membiasakan diri menggunakan aplikasi berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita mahu mendidik pengguna terlebih dahulu untuk menggunakan Setel,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurut Lizan, tiga kaedah pembayaran disediakan iaitu Setel, Touch ‘n Go dan kod QR (MQR).

Bagaimanapun, beliau ber­kata, pembayaran menerusi Touch ‘n Go dan kod QR akan diperkenal secara berperingkat dalam masa terdekat.

“Pengguna diberikan tempoh percubaan sehingga 15 Oktober ini untuk membiasakan diri dengan kaedah pembayaran tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, Lizan berkata, MBKT mempergiat hebahan perkaran berkenaan menerusi media sosial, paparan maklumat pada kenderaan serta pemasangan papan tanda di kawasan parkir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN