Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa’ ayat 174 bermaksud: Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu bukti daripada Tuhan kamu dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (al-Quran) sebagai nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak). Syukur alhamdulillah, Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi sudah sampai ke penghujungnya (hari…











