SAMBUTAN Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 bertemakan Etika Teras Kewartawanan Mapan bagi mengiktiraf peranan pengamal media di Malaysia membuka tirainya secara rasmi di Bumi Kenyalang. Penganjurannya di Sarawak menjadi landasan tepat untuk mempersiapkan pengamal media tempatan seterusnya memperkukuh hubungan dengan rakan rantau Asia Tenggara bersesuaian dengan pemilihan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025. Dalam pada itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menekankan etika sebagai tiang seri dalam bidang kewartawanan kerana kepatuhan terhadapnya…











