WANITA dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Malah, ada segelintir wanita sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata ingin kelihatan cantik. Ada wanita yang sangat obses dengan kecantikan sehingga sanggup membuat pembedahan kosmetik untuk memancungkan hidung, menaikkan kedua-dua belah pipi serta ada yang sanggup melakukan pembedahan kosmetik menegangkan kulit muka supaya kelihatan muda remaja. Apa yang penting, semua aktiviti seperti ini tidak perlu lagi dilakukan di luar negara seperti Thailand atau Korea…