Siapa sanggup menghadap ubi kayu rebus tiga kali sehari? Sesekali layan, terutama hari hujan, bolehlah. Namun apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mencabar rakyat Malaysia berani melakukan perubahan untuk tidak terus bergantung kepada nasi sebagai sumber karbohidrat, sebaliknya menggantikannya dengan sumber lain seperti ubi kayu, maka ‘juri terbuka’ di media sosial mula memberi komen. Ubi kayu atau nama saintifiknya Manihot esculenta merupakan tanaman tropika yang banyak ditanam…










