SUDAH dikenali di mata dunia bahawa masyarakat Malaysia adalah masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum, etnik, agama, budaya dan adat resam. Orang Melayu dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah penduduk jati yang telah membina sejarah dan warisan sosiobudaya-politik di negara ini. Sesuai dengan kedudukan bangsa Melayu dan kaum Bumiputera sebagai teras kependudukan di negara ini, maka beberapa elemen warisan sosiobudaya dan sosiopolitik dimaktubkan dalam perlembagaan seperti kedudukan istimewa…