SEPANJANG bulan Ramadan yang lalu, masyarakat di seluruh dunia berdukacita menyaksikan pembantaian berterusan terhadap masyarakat Palestin oleh penjajah Israel. Saban hari di setiap platform media diberitakan jumlah korban nyawa terkini akibat ‘penyembelihan’ yang berlaku dilakukan oleh pengganas Israel. Lebih-lebih lagi apabila Israel dilihat menumpukan serangan ke atas kanak-kanak dan wanita dalam misi pembantaian mereka. Cuma kali ini masyarakat dunia senada dalam mempertahankan nyawa rakyat Palestin dan mengecam Israel serta sekutu-sekutunya.…










