MUKADIMAH HAMPIR setiap hari dilaporkan berita tentang jenayah scam yang menelan kerugian ratusan juta ringgit. Bagai tiada kesudahan, masyarakat dengan mudah terpedaya dengan pelbagai bentuk penipuan. Justeru wartawan Utusan Malaysia, MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI menemuramah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, DATUK SERI RAMLI MOHAMED YOOSUF bagi mendapatkan perspektifnya. UTUSAN MALAYSIA: Adakah rakyat di negara ini mudah ditipu menerusi sindiket-sindiket pelaburan berbanding negara lain dan apakah faktor mereka…










