PADA awal bulan ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selaku sekretariat Anugerah Sastera Negara (ASN) membuka pencalonan bagi anugerah berkenaan yang membawa gelaran Sasterawan Negara (SN). Jumlah pengarang Malaysia yang diiktiraf sebagai SN setakat ini ialah 15 orang. Secara konvensional, sebagaimana Perdana Menteri kita sehingga kini ialah lelaki Melayu beragama Islam, begitulah juga situasi sehingga SN ke-12. Kelaziman tradisi itu dipecah pada 2016 apabila Datuk Dr. Zurinah Hassan menerima ASN,…










