FAHMI Fadzil selaku Menteri Komunikasi adalah antara menteri yang paling mendapat perhatian dalam Kerajaan Perpaduan. Selaku jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan, di bahu beliau terpikul tugas berat sebagai wakil bagi kerajaan terutama ketika berdepan dengan pihak media. Antaranya ialah menjelaskan segala dasar kerajaan selain menjadi rujukan pelbagai pihak untuk mendapatkan kepastian terhadap isu-isu yang timbul atau sengaja ditimbulkan bagi tujuan pengesahan. Dengan perkembangan pesat teknologi informasi (IT), termasuk teknologi kecerdasan buatan…










