PADA 24 November ini genap setahun Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Bagi Kabinet beliau, tarikh genap setahun adalah pada 3 Disember ini. Cukup menarik sejak akhir-akhir ini ramai penganalisis politik yang memberi komen menjelang genap setahun Anwar. Antaranya, Felow Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Datuk Dr. Jeniri Amir yang bertanya, “Jenama dan platform Anwar adalah reformasi. Apa reformasi yang telah dilaksanakan setakat ini? “Di mana pula pemansuhan undang-undang…