MASYARAKAT mentafsir dan menilai maksud pemerkasaan belia dalam pelbagai perspektif berbeza. Jika dilontarkan soalan ini, berkemungkinan besar akan mendapat jawapan yang pelbagai. Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui pendapat-pendapat yang diutarakan ahli akademik, pemimpin politik dan golongan belia itu sendiri. Ada yang mentafsir pemerkasaan belia daripada sudut mengintegrasikan golongan itu ke dalam proses membuat segala keputusan, manakala ada sesetengah pihak berpendapat belia harus diberikan kuasa serta kebebasan sepenuhnya untuk bertindak dan bersuara tentang apa-apa sahaja. Tidak kurang yang sengaja membuat tafsiran sendiri bagi tujuan mahu mencapai maksud-maksud yang tertentu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya