BERMULA di Zon Selatan, Tengah dan Utara Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan meneruskan konvensyen khasnya di Sibu pada 5 November ini. Penganjuran konvensyen itu bertujuan membolehkan ahli-ahli PBB didedahkan kepada dasar ekonomi baharu yang diperkenalkan Kerajaan Sarawak dipimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS). Selain itu, ahli-ahli juga berpeluang mendalami dasar ekonomi baharu yang merupakan inisiatif kerajaan GPS untuk menumpukan serta menaik taraf pendapatan isi rumah menerusi pembangunan infrastruktur seperti…










