Keselamatan makanan adalah isu besar yang penting bagi sesebuah negara. Ia bukan persoalan remeh bersifat jangka pendek. Persoalan ini tidak seharusnya dibincangkan dan didebatkan dalam masa-masa tertentu sahaja bila terdesak. Persoalan keselamatan makanan seharusnya menjadi dasar negara yang jelas. Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom mempunyai dasar dan pelaksanaan ini dengan jelas sekian lama. Perkembangan sektor industri tidak sekali-kali menidakkan dasar berkaitan pertanian dan pengeluaran makanan utama. Pengeluaran…










