Penyelidik dipecat susulan kematian kanak-kanak

Penyelidik dipecat susulan kematian kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Dua penyelidik di China dipecat manakala beberapa pekerja lain dikenakan tindakan disiplin selepas kajian eksperimen penyuntingan gen yang dijalankan mereka melanggar aspek keselamatan dan etika sehingga mengakibatkan kematian seorang kanak-kanak.

Agensi berita CCTV melaporkan, dua penyelidik utama yang mengetuai kajian di Sekolah Perubahan Universiti Jiao Tong Shanghai itu turut dilarang terlibat dalam projek sains dan teknologi kerajaan selama lima tahun.

Sementara itu, beberapa individu lain turut dikenakan tindakan termasuk dilucutkan jawatan, diturunkan pangkat dan diberi amaran disiplin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Siasatan mendapati penyelidik terbabit gagal melaporkan petunjuk awal risiko keselamatan yang dikesan dalam ujian terhadap primat bukan manusia, selain tidak mendedahkan kematian kanak-kanak itu dalam kertas penyelidikan yang diterbitkan pada Februari lalu.

Tiada pemalsuan data dikesan, namun siasatan mengenal pasti beberapa pelanggaran etika akademik lain serta konflik kepentingan yang tidak didedahkan.

Selain itu, jawatankuasa etika hospital turut meluluskan kajian tersebut walaupun bukti toksikologi dan keselamatan masih belum mencukupi, manakala risiko kematian tidak dinyatakan dengan jelas dalam dokumen persetujuan kepada keluarga kanak-kanak berkenaan.

Kematian kanak-kanak yang pertama kali dilaporkan oleh Science dan Retraction Watch pada akhir Julai lalu, mencetuskan penelitian terhadap perkembangan pesat ujian klinikal peringkat awal di China, terutama kajian membabitkan terapi sel dan gen.

Di bawah sistem kawal selia dua laluan China, doktor di hospital utama dibenarkan menjalankan ujian terhadap terapi baharu tertentu selepas mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan tanpa perlu mendapatkan kebenaran pengawal selia ubat kebangsaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini