DI atas robohan kota Melaka, kita bangunkan jiwa merdeka. Bersatulah Melayu seluruh baka, membela hak keadilan pusaka. – Buya Hamka. Suratan takdir mengaturkan program #TagupiMembaca siri keempat berlangsung minggu lalu tiba di Tawau dan melalui jalan raya ke Lahad Datu sehari selepas lawatan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) di sana. Riuh rakyat jelata dari Sabah menceritakan bagaimana jalan raya serba daif sebelum ini lekas-lekas dibaiki bagi menyambut mesra lawatan YDPA. Kami…