ASAS atau dasar teras sesebuah kerjasama dibentuk antara parti-parti politik mempunyai hubungan dan kesan besar kepada kestabilan politik negara. Falsafah asas sesebuah parti politik biasanya dinyatakan dalam perlembagaannya. Bila merujuk kepada perlembagaan, maka kita dapat memahami falsafah asas sesebuah parti. Ia mempunyai hubungan rapat dengan sejarah latar belakang dan matlamat utama penubuhannya. Perlembagaan ini dibina sedemikian rupa penuh teliti dan tidak boleh dipinda dengan mudah oleh kepimpinan semasa dan dengan…










