SETELAH selesai penamaan calon bagi pilihan raya negeri (PRN) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Sabtu lalu, peluang gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk memperoleh kemenangan dengan majoriti mudah di negeri itu kelihatan semakin cerah. Sebelum ini, Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, berasaskan simulasi angka serta data keputusan pilihan raya lepas, PH-BN sudah mempunyai 16 kerusi dalam tangan dan memerlukan tiga kerusi sahaja lagi untuk…










