MENJELANG hari mengundi pilihan raya negeri (PRN) esok, ramai pemerhati meramalkan status quo berkekalan. Ini akan menyaksikan Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan kekal di tangan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) manakala Kelantan, Terengganu dan Kedah kekal di tangan Perikatan Nasional (PN). Paling mutakhir ialah kajian terperinci satu badan kaji selidik berwibawa, Ilham Centre bertajuk Tahap Penerimaan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan dan Dasar Malaysia Madani membabitkan 2,416 responden yang merupakan…










