MALAYSIA mengekalkan Tasik Chini sebagai tapak rizab biosfera Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk 10 tahun lagi. Antara faktor meyakinkan UNESCO untuk menyambung gelaran Tasik Chini Rizab Biosfera (TCRB) adalah kerana kesungguhan kerajaan negeri Pahang dalam mengesahkan tambahan kawasan-kawasan pemuliharaan baharu. Tambahan kawasan-kawasan ini telah dikemukakan di dalam dokumen audit UNESCO, Semakan Berkala, baru-baru ini. Semakan berkala ini diwajibkan kepada setiap tapak rizab biosfera UNESCO setiap…










