LIMA atau 10 tahun lalu, Perlis bukanlah menjadi destinasi pilihan pengunjung atau pelancong untuk datang bercuti khususnya pada musim-musim cuti sekolah. Perlis hanya menjadi transit untuk mereka ke Pulau Langkawi. Itu dulu. Kini, jika tanya siapa pun termasuk ramai rakan saya di ibu kota, Kelantan termasuk Johor sekali pun, destinasi pilihan mereka untuk bercuti adalah Perlis. Malah, sebulan atau lebih sebelum datang ke Perlis, mereka sudah memaklumkan awal-awal kepada saya…










