TOKOH terkemuka Britain, Winston Churchill pernah berkata, kalau tidak ada musuh dari dalam, musuh dari luar tidak boleh memusnahkan kita. Kelemahan, perpecahan dan keruntuhan sesuatu bangsa dan negara itu berpunca daripada diri kita sendiri. Kalau diimbau kembali sejarah di Tanah Melayu, kejatuhan satu demi satu negeri-negeri Melayu kepada Inggeris disebabkan perpecahan yang berlaku dalam kalangan pembesar yang tamakkan kuasa dan harta. Sejak dari zaman kesultanan Melaka hingga kini, kemerosotan kuasa…