KENYATAAN tentang sikap angkuh kelompok majoriti di negara ini terhadap minoritinya bukan sahaja amat mengejutkan banyak pihak, ia ikut mengundang pelbagai polemik sengit. Ia rata-ratanya amat tidak disenangi etnik Melayu selaku kelompok majoriti yang membantah keras akan kononnya wujud gejala sedemikian. Mereka sebaliknya mengatakan bahawa etnik bukan Melayu di sini dilayan dengan seadanya, malah lebih daripada itu jika dibandingkan dengan banyak tempat lain di dunia. Sebenarnya kenyataan itu dibuat sebagai…