GOLONGAN belia sentiasa diangkat sebagai pewaris masa hadapan negara lantas diberi perhatian khusus terhadap keperluan mereka terutama dalam soal pendidikan serta peluang pekerjaan. Ironinya, kelompok anak muda mempunyai peranan sangat signifikan dalam membantu mencapai status negara maju berpendapatan tinggi serta membentuk negara dan masyarakat madani yang diidamkan. Bagi mencapai hasrat ini, kita memerlukan belia berjiwa kental, mempunyai jati diri kukuh serta sihat dan cergas dari segi minda dan fizikal. Namun, dewasa ini penglibatan golongan belia dalam najis dadah semakin membimbangkan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya