SEJAK menerajui kerajaan perpaduan mulai November lalu, aktiviti makan tengah hari dan solat Jumaat bersama rakyat telah menjadi program mingguan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jika tidak ke luar negara, boleh dikatakan ia menjadi aktiviti rutin dalam jadual kerja Perdana Menteri pada setiap minggu. Atur cara aktiviti ini juga dilihat sangat ringkas dan santai, iaitu meluangkan masa bersama rakyat menikmati sajian makan tengah hari, disusuli solat Jumaat bersama kariah…










