HARI ini merupakan tarikh keramat bagi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) kerana melakar sejarah 25 tahun penubuhannya. Sungguhpun kewujudannya masih baharu jika dibandingkan dengan keberadaan institusi kehakiman syariah yang telah menapak di tanah air seawal abad ke-15 Masihi, namun tidak salah jika dikatakan JKSM berjaya menyelaras sistem pentadbiran kehakiman dengan inovatif dan berkesan. JKSM ditubuhkan menerusi persetujuan jemaah menteri selepas meneliti laporan daripada Jawatankuasa Mengkaji Kedudukan Mahkamah-Mahkamah Syariah dan Taraf…