KONSEP Malaysia Madani yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bulan lalu adalah hasil garapan berdasarkan pengalaman hidup beliau. Ia termasuk fasa sebagai seorang aktivis gerakan mahasiswa di Universiti Malaya (UM) pada dekad 1970-an. Demonstrasi Baling pada 1974 misalnya memperlihatkan mahasiswa membela nasib penoreh apabila kejatuhan harga getah menyebabkan pendapatan mereka merudum. Pada saat inilah nama Anwar mekar dan harum sebagai jaguh membela rakyat bersama aktivis mahasiswa lain. Kebebasan…










