PEGAWAI-PEGAWAI khas Perdana Menteri, para menteri dan ahli-ahli politik sebenarnya mempunyai ‘kuasa besar’ yang mampu membantu dan mengubah nasib rakyat. Ini kerana pegawai khas mempunyai kuasa untuk membawa, menolak dan menentukan siapa yang patut dan boleh bertemu dengan pemimpin mereka. Ahli politik selalunya akan mendengar dan mendapatkan nasihat daripada pegawai khas mereka. Pegawai khas yang baik dan cergas dapat menentukan kejayaan ahli politik. Bagus nasihatnya, jauhlah pergi, jelik nasihatnya, kecundanglah…