LAWATAN Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier ke negara ini, minggu lalu mencerminkan lembaran baharu wadah kepentingan hubungan bilateral Kuala Lumpur-Berlin terutama dalam spektrum geopolitik dan pembangunan kritikal sektor ekonomi dan teknologi yang memberikan pulangan penting kepada kedua-dua negara. Sektor penting yang diutamakan dalam lawatan ini termasuk ekonomi digital dan hijau, kekentalan jaminan rantaian bekalan dan keselamatan makanan, teknologi berimpak tinggi termasuk industri semikonduktor dan keterjaminan sumber tenaga. Kesemuanya memberikan kepentingan strategik kepada Kuala Lumpur dan Berlin dalam menempuhi tuntutan cabaran perubahan geopolitik dan impak kemelut di Ukraine. Jerman tetap memberikan pulangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya