SEJAK dunia termasuk Malaysia dilanda pandemik Covid-19 tiga tahun lalu, kegusaran rakyat tentang kelangsungan hidup terutama ketika semuanya serba-serbi mahal tetap menjadi tanda tanya dan menimbulkan kerisauan. Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan noktah bagi segala persoalan rakyat dengan memperuntukkan 15.2 peratus atau RM59 bilion daripada jumlah keseluruhan Belanjawan 2023 iaitu RM388.1 bilion untuk tujuan subsidi dan bantuan sosial. Benar kata beliau, yang belanjawan kali ini banyak tersirat…