MINGGU lalu, saya berpeluang membentangkan kajian dalam Conference on Future & Sustainable Education 2022 di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gambang, Pahang. Persidangan dua hari ini disertai lebih 60 peserta, rata-ratanya pensyarah dan profesor dari pelbagai universiti tempatan. Malah ia turut disertai beberapa ahli akademik luar negara termasuk Indonesia. Pelbagai kajian dibentangkan, rata-ratanya bertemakan pendidikan. Terdapat pelbagai inovasi juga dikemukakan pensyarah-pensyarah untuk mencari teknik pengajaran optimum bagi seluruh pelajar. Salah satu kajian yang menarik perhatian saya ialah mengenai kesilapan lazim dalam penulisan pantun Melayu. Kajian ini dan satu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya